Saturday, July 31, 2010

Melayu Hari Ini

Assalamualaikum... Kali ni hamba nak citer pasal bangsa hamba.. sedih hamba tengok diorang melayan dunia yang sementara ni..

Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di JomHeboh orang melayu berpusu-pusu.

Di Sungai Buloh,pusat pemulihan, dulu di Pudu,
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu..

Apa hobi orang melayu,
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu,
Atau baca majalah Mastika,
Metro pasal cerita hantu,
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru.

Berpusu-pusu pergi tengok peameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Mana tak gendut berpenyakit selalu,
Kalau nak bergaya melayu masih nombor satu,
asal bergaya sanggup makan nasi dan kayu,
boleh tak jumpa mereka di kedai buku,
atau di perpustakaan dan di majlis ilmu,
atau aambil kelas kemahiran di hujung minggu,
ada tapi kurang sangat mereka di situ,
kenapa melayu jadi begitu,
nak salahkan siapa ibubapa atau guru-guru,
pemimpin atau raja dulu-dulu,

ayat lazim di mulut ialah melayu malas selalu,
nak harap kerajaan saja membantu,
terutama sekali kontraktor kelas satu,
tak habis-hsbis gaduh nak jatuh siapa dulu,
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu,
dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu,
samapi bila kita nak tunggu,
bangsa melayu jadi bangs yang maju.

boleh! dengan beberapa syarat tertentu,
pertama dengan banyak menguasai ilmu,
kata Rasul ikutlah Al-Quran dan Sunnahku,
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
tapi apa yang kita tahu cuma baca bila nak halau hantu.

Tuesday, June 8, 2010

Ini Sebuah Cerita...

Salam ukhwah..
dah lama benar blog ini tak diupdate... maklumlah, tuannya bukannya insan kamil...
anyway.. Thanks for reading my blog..

Kali ni saya nak kongsi ngan awak semua tentang seorang kawan saya yg merupakan seorang islam dan dalam masa yang sama dia seorang lesbian...

Terkejut bila saya bukak myspace dia dan mendapati dia lesbian... dia juga ada blog mcm saya... jadi saya buka blog dia dan saya dapati dia menjadi lesbian selepas putus cinta dengan seorang lelaki..

Saya percaya dia bukan mangsa pertama kerana ramai lagi wanita yang menjadi mangsa cinta lelaki... saya sendiri berasa pahit untuk menyatakan hakikat ini tetapi kita mesti bercakap benar walaupun ianya pahit.

Betullah kata kumpulan 5forty2 dalam lagu mereka (Random Love Song)



(alFaisal)
Bila cerita cinta semua kata cinta tu buta
Tapi kalau tengok balik manusia yang bermata
Perasaan tak terduga memang tu biasa
Camne kita kawal itu diambil kira
Cinta yang paling cun bila kita jaga maruah
Bukan stock main bagi habis semua atas bawah



(RyFa)
Sama-sama rasa, suka sama suka
Layar lara dunia, warna-warni cinta
Melakar mimpi menyuntik visi hakiki
Dengan kalimah azimat ana uhibbuki
Ini benda biasa bagi yang tersimpul jiwa
Enak hanya bila cinta jadi naungan Pencipta


(CypherDefect)
Nak bercinta pun biarlah sampai jinjang pelamin
Nak berangan pun, kenalah prepare budget nak kawin
Aiseymen, takat bising macam bunyi hon
Please man, buat camtu? Heheh, tak dapat John


(Phonic)
Cinta itu pekak dan bisa memekakkan
Pergerakan sama-sama sampai nasihat tak makan
Kita bercengkerama dibawah bulan purnama
Datang pegawai agama, habis angkut semua


(Sapphire)
Time best bercinta, bulan bintang semua puji
Buruk nampak berseri, time gaduh maki-maki
Cinta kini bak fantasi pementasan dunia
Cinta bagai nak gila, kekalnya sampai bila?


Buat kaum wanita, saya ada pesanan untuk anda yg diambil drpd Syeikh Ali Tantawi...
Ingatlah, lelaki bila mereka pandang wanita, mereka akan pandang dengan menggambarkan wanita itu sedang bogel..

Jadi, buat lelaki,jgn merosakkan harga diri seorang wanita dan buat wanita, jgn terpedaya dengan cinta palsu lelaki...

Akhir kalam,,, SINGLE IS BETTER THAN COUPLE...

Assalamualaikum..


p/s : bukan nak backup kaum wanita tapi ini adalah hakikat...

Friday, May 21, 2010

Ustazkah Aku?

Ustazkah aku?
Kalau aku dedahkan pada anak muridku lagu Lady Gaga?

Ustazkah aku?
Kalau aku menjadi imam kepada anak murid aku dengan hanya berseluar tracksuit?

Ustazkah aku?
Kalau aku tidak menjadi contoh kepada anak muridku ?

Ustazkah aku?
Kalau aku menyebut kata2 kesat depan anak muridku?

Ustazkah aku?
Kalau aku mengarahkan anak muridku ke musolla tetapi aku di bilik menonton drama?

Ustazkah aku?
Kalau aku dengan selamba membangangkan anak2 murid ku yang kurang cerdik?

Ustazkah aku?
Kalau aku tidak melakukan apa yang aku katakan?

Ustazkah aku?
Kalau aku bercerita tentang perempuan bukan mahram kepada anak muridku?

Sama2 kita renungkan dan muhasabah diri kita....

Sunday, February 14, 2010

Ummah Utamakan Logik Akal

In The Name of ALLAH...

Sikap sebahagian Muslim hari ini sudah tidak komited dengan ISLAM. Setiap tindakan, keputusan, perbuatan mereka sama sekali tidak menggambarkan sebagai MUSLIM yang benar-benar percaya kepada Rukun ISLAM yang 5 dan Rukun Iman yang 6.

Kita boleh simpulkan beberapa bentuk kategori MUSLIM menggunakan logik akal lebih daripada wahyu al-Quran

1. Mereka yang tidak mengendahkan pembelajaran ilmu-ilmu fardu ain di surau atau masjid dengan alasan apa yang disampaikan oleh tok guru adalah perkara yang sama diulang beberapa kali, sedangkan ilmu fiqh, akidah, tasawwuf, sirah sentiasa hidup berdasarkan elemen semasa, ia berlaku demikian kerana akal yang menghukum begitu.

2. Begitu juga dengan majlis perkahwinan, kad yang diedar kepada para jemputan, dimuatkan dengan gambar pasangan pengantin yang belum dinikahkan, tetapi gambar tertera pasangan tersebut berpelukan, tidak kurang juga dengan majlis perkahwinan yang bercampur dengan adat resam ajaran Hindu seperti perbuatan menepung tawar dan bersanding, dendangan muzik dan sebagainya. Semua itu juga berlaku kerana umat ISLAM hari ini lebihkan hukum akal daripada syariat ALLAh s.w.t.

3. Penampilan remaja Muslim hari ini dengan memakai gelang tangan, rantai, anting-anting,dan sebagainya. Ini satu penampilan yang tidak direstui ALLAH dan Rasul-Nya, kerana ia bukan perhiasan lelaki. Tetapi semua itu tidak menghalang manusia untuk terus berkeadaan seumpama itu kerana ilmu yang terlalu cetek.

4. Dalam paparan akhbar yang mengkhususkan lampiran untuk artis, melampirkan pandangan artis yang betul-betul jahil tentang agama ISLAM, terdapat artis perempuan yang ditegur kerana pusatnya tersembul keluar, dengan selamba dia menjawab bahawa apa yang dilakukannya itu kerana tidak sengaja. Jika beliau berpakaian sempurna, pusatnya tidaka akan terkeluar. Ini menunjukkan bahawa beliau berpakaian simple dengan tidak merasakan tindakannya itu berdosa besar, sebab akal mengatakan bahawa berseronok hanya sekali pada usia muda, tanpa menyedari bahawa kematian akan berlaku walaupun seseorang itu masih di alam kanak-kanak.

5. Muslim yang tinggal berdekatan masjid tetapi tidak menunaikan solat jemaah di masjid kerana beranggapan bahawa solat di rumah juga adalah sah tanpa melihat kepada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa : " Tidak sah/ tidak sempurna solat orang yang tinggal bersebelahan dengan masjid melainkan di masjid."

Banyak lagi perkara yang dilakukan oleh umat ISLAM hari ini berdasarkan kepada elemen akal fikiran yang tidak melambangkan mereka menguasai ajaran ISLAM dengan baik lantaran menyisihkan agama dalam kehidupan seharian mereka...

Renung2kan....

Thursday, January 28, 2010

Tobat Maksiat by Wali Band

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apakan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

c/o 1: ASTAGHFIRULLAHALAZIM

c/o 2:Ingat mati Ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat Hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat
Ingatlah AKHIRAT

Cepat ucap ASTAGHFIRULLAHALAZIM

Pandanglah ke sana
Lihat yang disana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

ulang c/o 1 dan c/o 2

Cepat ucap ASTAGHFIRULLAHALAZIM

woooo....

ulang c/o 2

Cepat ucap ASTAGHFIRULLAHALAZIM (2x)