In The Name of ALLAH...
Sikap sebahagian Muslim hari ini sudah tidak komited dengan ISLAM. Setiap tindakan, keputusan, perbuatan mereka sama sekali tidak menggambarkan sebagai MUSLIM yang benar-benar percaya kepada Rukun ISLAM yang 5 dan Rukun Iman yang 6.
Kita boleh simpulkan beberapa bentuk kategori MUSLIM menggunakan logik akal lebih daripada wahyu al-Quran
1. Mereka yang tidak mengendahkan pembelajaran ilmu-ilmu fardu ain di surau atau masjid dengan alasan apa yang disampaikan oleh tok guru adalah perkara yang sama diulang beberapa kali, sedangkan ilmu fiqh, akidah, tasawwuf, sirah sentiasa hidup berdasarkan elemen semasa, ia berlaku demikian kerana akal yang menghukum begitu.
2. Begitu juga dengan majlis perkahwinan, kad yang diedar kepada para jemputan, dimuatkan dengan gambar pasangan pengantin yang belum dinikahkan, tetapi gambar tertera pasangan tersebut berpelukan, tidak kurang juga dengan majlis perkahwinan yang bercampur dengan adat resam ajaran Hindu seperti perbuatan menepung tawar dan bersanding, dendangan muzik dan sebagainya. Semua itu juga berlaku kerana umat ISLAM hari ini lebihkan hukum akal daripada syariat ALLAh s.w.t.
3. Penampilan remaja Muslim hari ini dengan memakai gelang tangan, rantai, anting-anting,dan sebagainya. Ini satu penampilan yang tidak direstui ALLAH dan Rasul-Nya, kerana ia bukan perhiasan lelaki. Tetapi semua itu tidak menghalang manusia untuk terus berkeadaan seumpama itu kerana ilmu yang terlalu cetek.
4. Dalam paparan akhbar yang mengkhususkan lampiran untuk artis, melampirkan pandangan artis yang betul-betul jahil tentang agama ISLAM, terdapat artis perempuan yang ditegur kerana pusatnya tersembul keluar, dengan selamba dia menjawab bahawa apa yang dilakukannya itu kerana tidak sengaja. Jika beliau berpakaian sempurna, pusatnya tidaka akan terkeluar. Ini menunjukkan bahawa beliau berpakaian simple dengan tidak merasakan tindakannya itu berdosa besar, sebab akal mengatakan bahawa berseronok hanya sekali pada usia muda, tanpa menyedari bahawa kematian akan berlaku walaupun seseorang itu masih di alam kanak-kanak.
5. Muslim yang tinggal berdekatan masjid tetapi tidak menunaikan solat jemaah di masjid kerana beranggapan bahawa solat di rumah juga adalah sah tanpa melihat kepada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa : " Tidak sah/ tidak sempurna solat orang yang tinggal bersebelahan dengan masjid melainkan di masjid."
Banyak lagi perkara yang dilakukan oleh umat ISLAM hari ini berdasarkan kepada elemen akal fikiran yang tidak melambangkan mereka menguasai ajaran ISLAM dengan baik lantaran menyisihkan agama dalam kehidupan seharian mereka...
Renung2kan....
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
