Sunday, December 27, 2009

Artis Kita Buat Hal Malam Krismas

Salam Muharram...

Semalam ana membaca surat khabar no.1 Malaysia iaitu Kosmo!. Amat menggemparkan apabila ana terbaca muka hadapan yang mengatakan 3 artis kita telah dicekup di sebuah pub di ibu kota yang sedang bersuka-ria..

Salah seorang artis tersebut merupakan seorang yang beragama ISLAM.. Namanya bukanlah Sathiya ataupun David.. Tetapi namanya Awal Ashaari.. Jadi bila kita sebut nama awal ini sudah pasti terlintas di fikiran kita seorang yang menganut agama Islam..

Apabila ditangkap pihak berkuasa, Awal mengatakan yang dia dan rakan-rakan hanya meraikan hari jadi seorang rakan.. Persoalannya, perlukah meraikan hari jadi di tempat seperti itu.. Tak bolehkah raikan di rumah sahaja.. Ataupun kalau nak tunjuk sangat kemewahan diri, sambut je kat hotel lima bintang..

Inilah jadi bila ISLAM HANYA FANTASI.. Nak lawan susah hiburan tu realiti.. Rasa ISLAM seketika buat sementara... Sokong hiburan selamanya...

Sampai sini je dulu... ada lagi... akan diupdate secepat mungkin...

Salam...

Saturday, December 26, 2009

Ampun dan Maaf ku Pinta

Salam ridu untuk kalian yang sudi membaca blog ana ini... Dah lama ana tak update blog ini sehingga seorang rakan ana menergur ana... Oleh itu.. ana menyusun sepuluh jari bagi memohon 1000 kemaafan dari kalian semua.. Bukan sengaja ana tak update tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan..

Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk bercerita tentang umat islam di Singapura.. Ana sangat kagum dengan mereka kerana mereka bolek memenuhi masjid sebelum azan berkumandang... Apabila azan berkumandang masjid tersebut sudah penuh sehingga tingkat dua...

Apabila tiba waktu untuk keluar masjid, mereka tidak berkata-kata walaupun sepatah walhal mereka sedang berasak-asak dalam keadaan yang sempit.. Tidak dengar keluhan dari mulut mereka kerana mereka tahu berkata hal yang sia-sia dalam masjid dibenci ALLAH...

Hal ini sangat berbeza dengan umat islam di Malaysia yang lebih sukam melengah-lengahkan waktu solat terutamanya Solat Jumaat.. Kita susah nak penuhkan masjid lebih awal tapi lebih suka memenuhkan konsert..

Ana mengaku ana juga melayan lagu2 rock kapak dan indie.. Tapi ana tak pernah menjadi antara orang yang memenuhkan konsert...

Setakat ini untuk kali ini... Lain hari ana akan update lagi walaupun tak ramai yang sudi membaca kerana ana sedar dengan sikap ana yang makin lupa diri kebelakangan ini....

Friday, August 21, 2009

Sapaan Untuk Orang Yang Berpuasa

Salam Sayang,salam ukhwah... Ana uhibbukum fillah... Ana mulai risalah ini dengan nama Allah yang Maha Penyayang... Mari bersama-sama kita merenung sabda Rasulullah SAW ini;

Sesungguhnya disyurga ada satu pintu bernama ar-Rayyan, dari pintu ini akan masuk orang-orang yang berpuasa, pada hari kiamat tidak ada siapapun selain mereka yang akan memasuki pintu ini, diserukan : Di mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang memasuki pintu ini, jika orang-orang yang berpuasa telah masuk, maka pintu itu ditutup, sehingga tidak ada seorangpun selain mereka (orang-orang yang berpuasa) yang memasukinya...

Saudara sekalian, hadis diatas menjelaskan dengan jelas bahawa golongan yang boleh menikmati nikmat syurga ar-Rayyan melainkan orang-orang yang berpuasa... Persoalannya, apa yang kita lakukan untuk mendapatkan sapaan demikian menggembirakan seperti itu? Jawapannya ada pada sejauh mana kita melakukan taubat dan kembali kepada Allah SWT...

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat sapaan tersebut...

InsyaAllah...

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan al-Mubarak


Salam ukhwah.. Ana mulai risalah ini dengan nama ALLAH yang Maha Penyayang.. Tidak lama lagi, semua umat Islam akan menyambut bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan Ramadhan... Pada bulan inilah kita dapat melihat masjid2 dan surau2 yang sebelum ini kosong akan dipenuhi semula.. Pada bulan ini jugalah kita dapat merasa kesusahan saudara-saudara kita yang tidak dapat makan... Namun, ramai dikalangan kita tidak menghayati erti puasa... Bila ditanya tentang puasa, mereka akan berkata puasa sekadar menahan diri dari makan dan minum... Ingat saudara, puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi puasa adalah menahan diri dari mengikut hawa nafsu.. Kalau kita puasa sahaja, tetapi zina mata kita lakukan, zina telinga kita lakukan, adakah puasa kita akan diterima oleh ALLAH? Puasa merangkumi semua tubuh badan kita.. Dari mata, hidung, telinga, kaki, tangan dan sebagainya... Saudara, puasa adalah satu peluang untuk kita melawan hawa nafsu kita.. Jika sebelum ini kita terlalu mengikut hawa nafsu, maka inilah peluang kita untuk menundukkan hawa nafsu kita... Ingat, nafsu akan menjadi lemah dengan banyaknya kita berpuasa... Saudara, puasa adalah perisai seseorang dari api neraka... Ini adalah apa yang pernah disabdakan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w... Tapi, masih ada dikalangan kita yang enggan berpuasa walaupun berada di bulan Ramadhan.. Ini kerana mereka terlalu mengikut hawa nafsu... Kita bersyukur kerana Allah akan mengikat syaitan pada bulan ini.. Tapi, syaitan adalah makhluk yang tak pernah kenal erti putus asa.. Mereka akan meminta bantuan dari nafsu untuk menyesatkan anak Adam... Saudara sekalian, marilah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan dengan menambahkan lagi amalan kita yang sebelum ini tunggang-langgang.. Jika sebelum ini kita malas untuk bangun qiamullail, pada bulan Ramadhanlah bulan yang paling sesuai kita berqiamullail... Ingat, dalam bulan Ramadhan itu tersimpan 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. Itulah Malam Lailatulqadar... Marilah sama-sama kita berusaha mencari malam tersebut kerana pada malam itu, semua doa akan dimakbulkan oleh Allah... Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang berjaya menemui Malam Lailatulqadar...

InsyaAllah...

Saturday, August 15, 2009

Kematian Itu Suatu yang Pasti


Firman Allah dalam al-Quran.. 'Setiap yang hidup pasti akan menemui mati'... Ayat ini memberitahu setiap yang hidup pasti akan menemui mati tanpa mengenal status, pekerjaan dan sebagainya... Jika kita artis sekalipun, Allah tetap akan memerintahkan Malaikat Maut untuk mencabut nyawa kita.. Hari ini kita lihat ramai di kalangan kita memandang remeh tentang kematian... Jangan ingat kita masih muda Allah takkan tarik nyawa kita.. Ramai juga dikalangan kita yang langsung tidak mahu ingat akan kematian... Nabi pernah bersabda dalam hadisnya 'orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati'... Hadis ini terang2 membuktikan orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati dan bukannya orang yang banyak menyanyi, bukannya orang yang banyak menyimpan tiket konsert.. Ramai orang menggunakan hujah 'aku masih muda'... Kita tak tahu tentang masa depan.. Sedangkan Nabi pun tak tahu apa akan jadi esok hari... Saudara, jangan bila malaikat Izrael datang ingain mencabut nyawa kita baru kita terhegeh-hegeh nak bertaubat.. Ingat, kematian bukan sesuatu yang boleh ditunda-tunda...
Renung2kan....

Friday, August 14, 2009

Pentas Lakonan

Dunia ini ibarat pentas lakonan,

Manusia itu pelakon dan pengarah utama,

al-Quran dan Sunnah itulah skripnya,

Malaikat itulah jurugambarnya,

Islam itulah jalan ceritanya,

Kiamat adalah kesudahannya,

Padang mahsyar adalah tempat penganugerahannya,

Rasulullah s.a.w adalah pelakon terbaiknya,

Allah s.w.t adalah jurinya,

Syurga dan nerakalah trofinya...

Kronologi ZINA


Mula-mula chatting di satu tempat,

Lepas chatting di satu tempat, nak dating di satu tempat,

Dah berdating satu tempat, akhirnya tangan berjabat,

Lepas tangan berjabat, kemudian lawan peluk erat-erat,

Lepas lawan peluk erat-erat, duduk makin rapat,

Lepas duduk makin rapat, nafas naik tersekat-sekat,

Lepas tu. usah dipeduli ALLAH dan MALAIKAT,

Usah dipeduli agama dan adat,

Akhirnya apa yang ditegah selesai dibuat,

Akhirnya perut kempis jadi bulat,

Bila perut kempis jadi bulat, menunggu isu bayi dibuang merata tempat

Zina dan Kesannya

Assalamualaikum... Ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang disampaikan kepada ana bersama antum semua.. Guru ana pernah beritahu ana bahawa, setiap bulan sebanyak 60 hingga 90 bayi dibunuh di negara kita... Mungkin kita hanya pandang remeh-temeh tentang hal ini sebelum ini.. Tapi kali ini ana seru diri ana dan saudara sekalian untuk memandang serius kes ini.... Bayi yang dibunuh itu bukannya diseludup dari negara luar... Akan tetapi bayi tersebut datang dari perbuatan ZINA yang semakin berleluasa di negara kita... Bayangkan kalau sebulan 90 bayi dibunuh, bagaimana pula jika dijumlahkan dengan setahun? Allah telah berfirman dalam kitab suci al-Quran 'janganlah kamu menghampiri zina...' tapi kita ingkar terhadap perintah Allah.. Sebab itulah Allah menurunkan pelbagai penyakit seperti HIV... Sekatang bila kita dengar kes buang bayi, ianya seolah-olah benda biasa bagi kita.. Ada yang ditemui dalam longkang, dalam semak, paling baik sekalipun dalam tandas masjid.. Ingat saudara sekalian. semua ini berpunca dari ZINA...

Kata Madah Pujangga 2

Tidak perlu teman secantik Balqis,

Andai diri tak sehebat Sulaiman,

Tidak perlu seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sekuat Hajar,

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,

Jika kasih tidak setulus Zulaikha,

Mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah,

Andai tidak sesempurna RASULULLAH s.a.w

Siapa yang Menghina ISLAM Sebenarnya?

Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan tindakan seorang wakil DAP dikatakan menghina Islam.. Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Akan tetapi, beliau memang seorang kafir yang tiada sedikit pun dalam hati beliau tentang Islam..Kalau direnungkan semula,kita sebenarnya yang menghina Islam sendiri.. Kita lihat dalam konteks yang kecil sahaja iaitu dalam negara kita.. Banyak pusat judi diberi lesen, arak dijual secara berleluasa walhal kita dah tahu bahawa arak itu HARAM.. Masih banyak lagi pusat ternakan babi, walhal kita dah tahu babi itu HARAM.. Perintah Allah kita langgar dengan sewenang-wenangnya.. Allah suruh kita jauhi zina, tapi makin berleluasa zina.. Sekarang bila ada orang kafir hina Islam, baru kita nak marah.. Saudara, sebelum kita marah akan orang kafir tersebut, lebih elok rasanya kita marah ke atas diri kita sendiri yang sememangnya Islam sejak dilahirkan..

Renung2kan...

Kata Madah Pujangga

Setahun umur kita meningkat,

setahun umur kita jadi singkat,

Peringatan bagi yang mahu beringat,

iman dan taqwa jaminan mutlak,

selamat dunia dan akhirat,

rezeki murah dan berkat,

hidup indah dan selamat,

jiwa hebat penuh hakikat,

mudah-mudahan semuanya selamat...

Thursday, August 13, 2009

Kisah Umar al-Khattab

Suatu ketika, Saidina Umar r.a sedang menghadapi sakaratul maut dan beliau sangat risau... Ketika sakaratul maut semakin hampir, beliau meletakkan kepala beliau di atas tanah... Di sisi beliau ketika itu ialah Saidina Ali Karamallahuwajhah.. Saidina Ali mengangkat kepala Saidina Umar lalu meletakkan diatas riba beliau.. Tetapi Saidina Umar meletakkan kepala beliau diatas tanah semula.. Perkara tersebut berlaku berulang kali.. Saidina Ali bertanya kepada Saidina Umar 'wahai Umar,mengapa engkau meletakkan kepala engkau diatas tanah?' Jawab Saidina Umar 'wahai Ali,aku ingin merasa keadaan tanah yang akan aku diami kelak'.. Saidina Umar sangat risau semasa sakaratul maut.. Saidina Ali bertanya kepada Umar 'Umar mengapa engkau risau? jawab Umar 'aku risau tentang amanahku,amalanku samada ianya diterima oleh Allah atau tidak.. Saidina Ali berkata kepada Umar 'wahai Umar, janganlah kau risau kerana bukankah Nabi Muhammad telah bersabda 'jika ada lagi nabi selepas aku, maka Umarlah orangnya' walaubagaimanapun, Umar masih lagi risau tentang amalannya dan amanahnya.. Saidina Ali terus memujuk Umar dengan berkata 'wahai Umar, janganlah engkau risau.. bukankah engkau adalah salah seorang sahabat nabi yang dijamin syurga'

Saudara, itu keadaan Saidina Umar yang dijanjikan syurga Allah.. akan tetapi beliau masih lagi risau tentang amalan dan amanah beliau.. Bagaimana pula dengan kita yang tidak mempunyai iman yang teguh.. kita masih lagi boleh bersuka ria dan menyambut pelbagai pesta..

Renung2kan

Di Mana Kemuliaan Ulama'?


Baru2 ini ana terbaca dalam sebuah majalah mengatakan para Ulama' mencadangkan untuk mengharamkan konsert.. Lalu, seorang wartawan telah meminta pandangan beberapa orang artis tentang isu ini.. Inilah jawapan artis-artis tersebut..


Artis 1: 'saya tak nak beri sebarang komen'


Artis 2: 'saya tak setuju kalau konsert diharamkan. kalau konsert diharamkan, dimana artis nak mencari rezeki'


Artis 3:'kenapa nak diharamkan konsert? kalau berlaku sebarang maksiat pun, ia hanya berlaku dikalangan pemuda dan pemudi sahaja'


Saudara, Ulama' adalah pewaris para Nabi.. Kalau kita tak dengar dan ikut kata2 ulama' bermakna kita menolak Nabi (nauzubillah).. Kalau kita perhatikan fenomena sekarang, kita seolah-olah memuliakan artis dari para Ulama' Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda '3 golongan yang boleh memberi syafaat di akhirat nanti adalah para nabi, para ulama', dan para syuhada'..


Akan tetapi kalau kita menentang para ulama' yang mewarisi para nabi, bagaimana kita hendak mendapatkan syafaat? Saudara, bila ada konsert kita berpusu-pusu untuk melihat artis pujaan kita... Tapi, bila ada majlis bersama ulama' kita hanya endah tak endah.. Ingat saudara, artis tidak akan memberi syafaat pada kita di akhirat kelak walaupun kita menyimpan koleksi album mereka.. Cuba saudara sekalian renungkan, mengapa kita lebih menyayangi artis dari Nabi? Jawapannya ada dalam diri kita sendiri... Tepuk dada tanya IMAN..

Ke Mana Air Mata Kita Untuk RASULULLAH

Baru-baru ini ana mendapat sms dari seorang rakan perempuan yang minta ana beri pendapat tentang maslah beliau... Masalah beliau ialah beliau kecewa dengan abang angkat beliau yang mempunyai seorang lagi adik angkat selain beliau tanpa pengetahuannya... Lalu saya berkata kepada beliau 'kenapa tak share je terus abg angkat tu??' si perempuan menjawab 'mana boleh, nanti takkan suami pun nk share dengan org' lama betul ana ber'sms' dengan remaja perempuan ini sehingga banyak kredit dihabiskan untuk beliau.. Rakan ana yang bersekolah dengan remaja perempuan tadi beritahu ana yang perempuan tadi akan menangis setiap kali berseorangan... Terdetik dalam hati ana 'bukankah air mata itu lebih elok jika digunakan untuk mengingati Rasulullah s.a.w?' Saudara sekalian, Rasul dulu menangis untuk kita selama 23 tahun, tapi mengapa kita tak pernah mengalirkan air mata kita untuk Baginda dan lebih suka mengalirkan air mata kita untuk mereka yang tiada kena-mengena dengan hidup kita.. Ingat saudara, kat akhirat nanti bukan abg angkat yang beri kita syafaat.. Tp Bagindalah yang akan memberi syafaat kepada kita.. Kalau kita keberatan untuk mengamalkan sunnah Baginda, bagaimana kita hendak mendapatkan syafaat Baginda di akhirat kelak?
Renung2kan....

Ancaman Kristianisasi

Dunia pernah digemparkan dengan pemergian Raja Pop iaitu Michael Jackson.. Pelbagai isu telah diperdengarkan oleh media tentang pemergian beliau... Jadi, ana ingin menceritakan serba sedikit tentang pemergian Raja Pop ini... Sebelum pemergian beliau, beliau berhasrat ingin mengadakan persembahan di London.. Lagu terakhir yang ingin beliau nyanyikan ialah 'Give Thanks to ALLAH'.. Selepas menyanyikan lagu ini, beliau ingin membuat pengumuman rasmi bahawa beliau telah memeluk agama Islam.. Malangnya, beliau telah pergi terlebih dahulu menyahut seruan Illahi.. Perkara ini sangat disembunyikan oleh media barat..
Persoalannya, mengapa mereka menyembunyikan hal ini? Jawapannya, Michael Jackson ialah seorang yang berpengaruh dan keislaman beliau boleh memberi impak besar terhadap dunia dan agama ISLAM.. Peminat Michael Jackson terdiri dari pelbagai golongan samada islam atau bukan islam.. Jadi, pihak media barat mula risau apabila berita tenteng keislaman Raja Pop itu disebarkan ke seluruh negara..
Ini adalah satu langkah kecil barat untuk menghalang kebangkitan ISLAM.. Pelbagai langkah lagi telah mereka rancangkan, cuma kita yang tidak tahu.. Berdoalah kita supaya ALLAH menghapuskan musuh2nya seperti Israel LAKNATULLAH dan mereka yang cuba menjatuhkan ISLAM..

TAKBIR!!!

Salam Ukhwah

Assalamualaikum.. Ana uhibbukum fillah.. Pertama, ana tinggikan kesyukuran ana ke hadrat Illahi kerana memberi ana kudrat dan mengizinkan ana untuk menyiapkan blog ini.. Ana menghasilkan blog ini setelah mendapat sokongan dari sahabat ana iaitu alHaqir Egie.. Ana rasa ini salah satu cara yang baik untuk ana menyebarkan kalimah suci yang dulu diperjuangkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...

Ana rasa terkilan apabila mendapat tahu dari satu sumber yang kini kristian sedang berusaha untuk memurtadkan golongan remaja islam.. Pelbagai cara dijalankan oleh mereka untuk merealisasikan impian mereka... Jadi kita sebagai umat islam harus menyedarkan saudara-saudara kita diluar sana tentang ancaman KRISTIANISASI....