Tuesday, June 8, 2010

Ini Sebuah Cerita...

Salam ukhwah..
dah lama benar blog ini tak diupdate... maklumlah, tuannya bukannya insan kamil...
anyway.. Thanks for reading my blog..

Kali ni saya nak kongsi ngan awak semua tentang seorang kawan saya yg merupakan seorang islam dan dalam masa yang sama dia seorang lesbian...

Terkejut bila saya bukak myspace dia dan mendapati dia lesbian... dia juga ada blog mcm saya... jadi saya buka blog dia dan saya dapati dia menjadi lesbian selepas putus cinta dengan seorang lelaki..

Saya percaya dia bukan mangsa pertama kerana ramai lagi wanita yang menjadi mangsa cinta lelaki... saya sendiri berasa pahit untuk menyatakan hakikat ini tetapi kita mesti bercakap benar walaupun ianya pahit.

Betullah kata kumpulan 5forty2 dalam lagu mereka (Random Love Song)



(alFaisal)
Bila cerita cinta semua kata cinta tu buta
Tapi kalau tengok balik manusia yang bermata
Perasaan tak terduga memang tu biasa
Camne kita kawal itu diambil kira
Cinta yang paling cun bila kita jaga maruah
Bukan stock main bagi habis semua atas bawah



(RyFa)
Sama-sama rasa, suka sama suka
Layar lara dunia, warna-warni cinta
Melakar mimpi menyuntik visi hakiki
Dengan kalimah azimat ana uhibbuki
Ini benda biasa bagi yang tersimpul jiwa
Enak hanya bila cinta jadi naungan Pencipta


(CypherDefect)
Nak bercinta pun biarlah sampai jinjang pelamin
Nak berangan pun, kenalah prepare budget nak kawin
Aiseymen, takat bising macam bunyi hon
Please man, buat camtu? Heheh, tak dapat John


(Phonic)
Cinta itu pekak dan bisa memekakkan
Pergerakan sama-sama sampai nasihat tak makan
Kita bercengkerama dibawah bulan purnama
Datang pegawai agama, habis angkut semua


(Sapphire)
Time best bercinta, bulan bintang semua puji
Buruk nampak berseri, time gaduh maki-maki
Cinta kini bak fantasi pementasan dunia
Cinta bagai nak gila, kekalnya sampai bila?


Buat kaum wanita, saya ada pesanan untuk anda yg diambil drpd Syeikh Ali Tantawi...
Ingatlah, lelaki bila mereka pandang wanita, mereka akan pandang dengan menggambarkan wanita itu sedang bogel..

Jadi, buat lelaki,jgn merosakkan harga diri seorang wanita dan buat wanita, jgn terpedaya dengan cinta palsu lelaki...

Akhir kalam,,, SINGLE IS BETTER THAN COUPLE...

Assalamualaikum..


p/s : bukan nak backup kaum wanita tapi ini adalah hakikat...