Suatu ketika, Saidina Umar r.a sedang menghadapi sakaratul maut dan beliau sangat risau... Ketika sakaratul maut semakin hampir, beliau meletakkan kepala beliau di atas tanah... Di sisi beliau ketika itu ialah Saidina Ali Karamallahuwajhah.. Saidina Ali mengangkat kepala Saidina Umar lalu meletakkan diatas riba beliau.. Tetapi Saidina Umar meletakkan kepala beliau diatas tanah semula.. Perkara tersebut berlaku berulang kali.. Saidina Ali bertanya kepada Saidina Umar 'wahai Umar,mengapa engkau meletakkan kepala engkau diatas tanah?' Jawab Saidina Umar 'wahai Ali,aku ingin merasa keadaan tanah yang akan aku diami kelak'.. Saidina Umar sangat risau semasa sakaratul maut.. Saidina Ali bertanya kepada Umar 'Umar mengapa engkau risau? jawab Umar 'aku risau tentang amanahku,amalanku samada ianya diterima oleh Allah atau tidak.. Saidina Ali berkata kepada Umar 'wahai Umar, janganlah kau risau kerana bukankah Nabi Muhammad telah bersabda 'jika ada lagi nabi selepas aku, maka Umarlah orangnya' walaubagaimanapun, Umar masih lagi risau tentang amalannya dan amanahnya.. Saidina Ali terus memujuk Umar dengan berkata 'wahai Umar, janganlah engkau risau.. bukankah engkau adalah salah seorang sahabat nabi yang dijamin syurga'
Saudara, itu keadaan Saidina Umar yang dijanjikan syurga Allah.. akan tetapi beliau masih lagi risau tentang amalan dan amanah beliau.. Bagaimana pula dengan kita yang tidak mempunyai iman yang teguh.. kita masih lagi boleh bersuka ria dan menyambut pelbagai pesta..
Renung2kan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment