Salam ridu untuk kalian yang sudi membaca blog ana ini... Dah lama ana tak update blog ini sehingga seorang rakan ana menergur ana... Oleh itu.. ana menyusun sepuluh jari bagi memohon 1000 kemaafan dari kalian semua.. Bukan sengaja ana tak update tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan..
Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk bercerita tentang umat islam di Singapura.. Ana sangat kagum dengan mereka kerana mereka bolek memenuhi masjid sebelum azan berkumandang... Apabila azan berkumandang masjid tersebut sudah penuh sehingga tingkat dua...
Apabila tiba waktu untuk keluar masjid, mereka tidak berkata-kata walaupun sepatah walhal mereka sedang berasak-asak dalam keadaan yang sempit.. Tidak dengar keluhan dari mulut mereka kerana mereka tahu berkata hal yang sia-sia dalam masjid dibenci ALLAH...
Hal ini sangat berbeza dengan umat islam di Malaysia yang lebih sukam melengah-lengahkan waktu solat terutamanya Solat Jumaat.. Kita susah nak penuhkan masjid lebih awal tapi lebih suka memenuhkan konsert..
Ana mengaku ana juga melayan lagu2 rock kapak dan indie.. Tapi ana tak pernah menjadi antara orang yang memenuhkan konsert...
Setakat ini untuk kali ini... Lain hari ana akan update lagi walaupun tak ramai yang sudi membaca kerana ana sedar dengan sikap ana yang makin lupa diri kebelakangan ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment