Salam Muharram...
Semalam ana membaca surat khabar no.1 Malaysia iaitu Kosmo!. Amat menggemparkan apabila ana terbaca muka hadapan yang mengatakan 3 artis kita telah dicekup di sebuah pub di ibu kota yang sedang bersuka-ria..
Salah seorang artis tersebut merupakan seorang yang beragama ISLAM.. Namanya bukanlah Sathiya ataupun David.. Tetapi namanya Awal Ashaari.. Jadi bila kita sebut nama awal ini sudah pasti terlintas di fikiran kita seorang yang menganut agama Islam..
Apabila ditangkap pihak berkuasa, Awal mengatakan yang dia dan rakan-rakan hanya meraikan hari jadi seorang rakan.. Persoalannya, perlukah meraikan hari jadi di tempat seperti itu.. Tak bolehkah raikan di rumah sahaja.. Ataupun kalau nak tunjuk sangat kemewahan diri, sambut je kat hotel lima bintang..
Inilah jadi bila ISLAM HANYA FANTASI.. Nak lawan susah hiburan tu realiti.. Rasa ISLAM seketika buat sementara... Sokong hiburan selamanya...
Sampai sini je dulu... ada lagi... akan diupdate secepat mungkin...
Salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment